Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

374) PELANCONGAN

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah persediaan Kerajaan Negeri Selangor dalam menghadapi Tahun Melawat Selangor 2025 khususnya di DUN Morib?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kempen Tahun Melawat Selangor 2025 merupakan kempen promosi bagi meningkatkan kemajuan industri pelancongan di Negeri Selangor. Beberapa strategi dalam perancangan dan persediaan telah dirangka bagi setiap daerah untuk memastikan kejayaan kempen ini:

    1. Penetapan matlamat untuk meningkatkan jumlah pelancong, meningkatkan jumlah pendapatan dan memartabatkan destinasi pelancongan;
    2. Proses Kajian Potensi Pelancongan dengan membuat Kajian Pasaran iaitu analisis pasaran bagi menentukan segmen pelancongan berpotensi, dan trend pelancongan semasa;
    3. Menambahbaik infrastruktur, sistem pengangkutan awam dan mengenalpasti produk pelancongan dan tempat penginapan pelancongan baharu di semua daerah Negeri Selangor;
    4. Menggiatkan aktiviti pemasaran dan promosi kempen termasuklah kempen pengiklanan, kempen digital dan media sosial, siri promosi dalam dan luar negara, penganjuran acara pelancongan, roadshow dan travel fair sempena Tahun Melawat Selangor 2025;
    5. Menjalankan kerjasama dengan penggiat industri pelancongan negeri seperti agensi pelancongan, syarikat penerbangan dan rakan kongsi strategik untuk meningkatkan capaian pemasaran, meningkatkan kualiti perkhidmatan serta menawarkan pakej menarik;
    6. Menganjurkan program latihan dan pendidikan pelancongan untuk meningkatkan kemahiran dan kesedaran penggiat industri terhadap keperluan pelancong;
    7. Menyediakan Kalendar Acara Pelancongan dan Festival sepanjang tahun yang mempunyai daya tarikan unik dan beraneka; dan
    8. Membuat persediaan aspek keselamatan dan kebersihan termasuk menerapkan langkah-langkah keselamatan di destinasi pelancongan dan kemudahan umum serta kolaborasi dengan Pihak Berkuasa Tempatan untuk meningkatkan kawalan keselamatan.
  2. Apakah program yang akan dijalankan untuk memastikan pelancong datang ke DUN Morib dan Kuala Langat?

    Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) bersama Tourism Selangor akan menyelaras penganjuran acara melibatkan Program Makanan (makanan tempatan) dan Kraf Tempatan bagi membolehkan pelancong domestik dan antarabangsa untuk menikmati pengalaman budaya yang autentik seperti berikut:

     

    Bil Nama Acara Tarikh Lokasi
    1 Lantern & Floral Festival 10 – 25 Februari 2024 FGS Dong Zen, Jenjarom
    2 Festival Rojak & Cendol 25 – 26 Mei 2024 Stadium Jugra, Telok Datok
    3 Pesta Kelaut Kelanang 2024 10 Ogos 2024 Pantai Kelanang
    4 Kuala Langat Cultural, Arts & Festival Festival November 2024 Dataran Pantai Morib
  3. Apakah tempat-tempat pelancongan yang akan diperkenalkan untuk pelancong dikawasan DUN Morib dan Kuala Langat serta senaraikan pusat-pusat pelancongan tersebut?

    Berikut merupakan tempat-tempat pelancongan yang akan diperkenalkan untuk pelancong di kawasan DUN Morib dan Kuala Langat:

    1. Mah Meri Cultural Village;
    2. Pantai Morib;
    3. Pantai Cunang;
    4. Bukit Jugra Paragliding;
    5. Discovery Park @ Gamuda Cove;
    6. Sultan Ala’eddin Royal Mosque;
    7. Paya Indah Discovery Wetlands @ Gamuda Cove;
    8. Jugra Insitu Museum;
    9. Riverine Splash Water Theme Park;
    10. SplashMania Waterpark @ Gamuda Cove;
    11. Lover Bridge, Tanjung Sepat;
    12. Paya Bakau Kg. Sijangkang Recretional Park;
    13. Gold Coast Morib International Resort;
    14. Villea Morib;
    15. Istana Bandar; dan
    16. Dong Zen Tample Jenjarom.

Lampiran

Tiada Lampiran.