Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
369) PERKHIDMATAN E-HAILING
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah jumlah & statistik pekerja e-hailing di Negeri Selangor berdasarkan bangsa, umur dan kategori perkhidmatan?
Perkhidmatan e-hailing merupakan suatu perkhidmatan mengambil/menghantar penumpang yang tempahannya dibuat melalui padanan aplikasi yang terdekat melibatkan suatu kadar tambang yang dipersetujui antara penumpang dan pemandu. Model operasi perkhidmatan e-hailing adalah berbeza dengan mod perkhidmatan kenderaan awam yang lain dan ianya dikawalselia melalui syarat-syarat pelesenan yang dikenakan kepada syarikat dan pemandu yang berdaftar sesuai dengan keperluan ekonomi gig pada masa kini tanpa melepaskan tanggungjawab supaya perkhidmatan yang disediakan adalah selamat kepada pengguna.
Perkhidmatan p-hailing pula merupakan suatu perkhidmatan mengambil/menghantar barangan/makanan yang tempahannya juga dibuat melalui padanan aplikasi yang terdekat melibatkan suatu kadar upah yang dipersetujui antara penjual dan pembeli. Model operasi perkhidmatan p-hailing adalah melalui kenderaan motosikal dan menghantar ke destinasi tempahan.
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), sejumlah 39,841 orang telah berdaftar bagi pengangkutan barangan dan makanan (p-hailing) dan 37,457 orang bagi pengangkutan penumpang (e-hailing).