Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

362) INSENTIF PROGRAM KEBAJIKAN RAKYAT SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah data terperinci jumlah penerima yang disasarkan setiap insentif program-program berkebajikan di setiap kawasan Ahli Dewan Negeri di Selangor pada tahun 2023 dan 2024?

    Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Batang Kali, rakyat boleh memohon program-program Iltizam Selangor Penyayang (ISP) di Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) atau di Agensi Pelaksana ataupun melalui Ahli Dewan Negeri (ADN) bergantung kepada kaedah permohonan program Iltizam Selangor Penyayang (ISP) tersebut. Bagi permohonan yang melalui PDT dan beberapa Agensi, bilangan penerima adalah mengikut Daerah atau Mukim sahaja.  Bagi jumlah penerima manfaat program Iltizam Selangor Penyayang (ISP) yang telah direkodkan untuk tahun 2023 bagi setiap Ahli Dewan Negeri adalah seperti di Lampiran 1.

  2. Berapakah jumlah penerima yang menerima Insentif Program-program Kebajikan mengikut kawasan Ahli Dewan Negeri pada tahun 2023 dan 2024?