Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
358) PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR (PKPS)
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah nama syarikat atau individu, tempoh tahun sewaan atau pajakan dan data terperinci penggunaan tanah PKPS di Hulu Selangor yang terkini?
- PKPS mempunyai 11 penyewa / pemajak yang telah mengusahakan projek pertanian dan penternakan bermula pada 2012 sehingga 2023. Butiran terperinci mengenai penyewaan dan pajakan tanah milik PKPS adalah seperti berikut :-
BIL NAMA PENYEWA/ PEMAJAK LOKASI SEWAAN / PAJAKAN KELUASAN TANAH (EKAR)
TAHUN MULA SEWAAN TEMPOH SEWAAN
KEGUNAAN SEWAAN/ PAJAKAN 1. Ternakan Ikan Fai Hoe Mukim Batang Kali 9.45 2015 10 Tahun
Ternakan ikan air tawar 2. Gold Pond Aquaculture Mukim Serendah 33.17 2015 15 Tahun Ternakan ikan air tawar 3. Green World Genetics Sdn Bhd Mukim Sg Tinggi 81.98 2017 3 Tahun
Tanaman Jagung 4. Sifu Tani Sdn Bhd Mukim Sg Tinggi 120 2019 21 Tahun
Tanaman Lemon Myrtle dan Kilang Pemprosesan 5. Dwi Energy Sdn Bhd Mukim Ulu Bernam 24.3 2021 3 Tahun
Ternakan kambing dan biri-biri 6. Konsortium Kualiti Ikan Air Tawar Mukim Sg Tinggi / Serendah 50.32 2021 3 Tahun
Ternakan ikan air tawar 7. Gold Pond Aquaculture Mukim Serendah 121.11 2021 3 Tahun
Ternakan ikan air tawar 8. Huan Yi Sdn Bhd Mukim Serendah 13.34 2023 3 Tahun Ternakan ikan air tawar 9. WB Madani Sdn Bhd Mukim Ulu Yam 98.10 2023 3 Tahun
Tanaman buah-buahan 10. Mavamatch Plantations Sdn Bhd Mukim Batang Kali 184.09 2023 3 Tahun
Projek Pembangunan Resort dan Pertanian 11. Kumpulan Ladang Pertanian Jaya Mukim Kerling 2,115 2013
60 Tahun
Kelapa Sawit PKPS Jumlah 2,850.86 (1,153.69 hektar)
-
Berapakah jumlah hasil pendapatan yang diperolehi oleh PKPS untuk projek atau pemajuan atau sewaan tanah PKPS di Hulu Selangor?
Hasil pendapatan yang diperolehi oleh PKPS daripada penyewaan tanah di Daerah Hulu Selangor bagi tempoh 3 tahun (2021 – 2023) adalah sebanyak RM1,027,406.70.
2021 2022 2023 Jumlah
RM 256,267.12 RM 367,556.04 RM 403,583.54 RM1,027,406.70
-
Apakah perancangan penggunaan tanah PKPS yang tidak diusahakan di Hulu Selangor untuk jangka masa 3 tahun sehingga 2027?
Sehingga kini, PKPS mempunyai tanah-tanah yang tidak diusahakan sebanyak 380 ekar kerana terdapat beberapa halangan seperti ketiadaan jalan keluar/masuk, keadaan topografi tanah yang berbukit dan penerokaan orang asli yang memerlukan masa yang panjang untuk diselesaikan. Walau bagaimanapun, PKPS mempunyai perancangan untuk menyelesaikan isu berbangkit dalam tempoh dua (2) tahun yang akan datang. Beberapa tindakan telah diambil oleh PKPS untuk berbincang dengan Pejabat Tanah Daerah Hulu Selangor, Majlis Perbandaran Hulu Selangor dan JAKOA. Perbincangan bersama Jabatan Teknikal tersebut telah memberikan keputusan yang positif untuk diteruskan. PKPS menjangkakan isu berbangkit mengenai tanah-tanah tersebut dapat diselesaikan pada tahun 2027.
JAWAPAN TAMBAHAN :
Senarai tanah-tanah milik PKPS yang tidak diusahakan di Daerah Hulu Selangor :
BIL LOKASI TANAH KELUASAN TANAH (EKAR)
CABARAN
1. Mukim Sg Pedang 72 Ketiadaan jalan keluar/masuk ke tapak & kawasan bukit
2. Mukim Ulu Yam / Sg Chik 108 Ketiadaan jalan keluar/masuk ke tapak & kawasan bukit
3. Mukim Batang Kali (Bukit Tamu) 200 Ketiadaan jalan keluar/masuk ke tapak & kawasan bukit
4. Mukim Batang Kali (Kg Songkok) 150 Penerokaan Org Asli Jumlah 380