Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

353) RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM (RIBI)

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah terdapat kelulusan bagi rumah ibadat bukan islam (RIBI) di DUN Kuang selepas 2008?

    Merujuk kepada rekod Majlis Perbandaran Selayang (MPS), selepas tahun 2008, tiada Rumah Ibadat Selain Islam (RISI) yang diluluskan dalam kawasan DUN Kuang.

  2. Berapakah jumlah rumah ibadat bukan islam (RIBI) haram di DUN Kuang?

    Merujuk kepada data yang diperoleh daripada Jabatan Perancang, MPS, terdapat dua (2) buah kuil dibina tanpa kebenaran yang dapat dikenal pasti dalam Kawasan DUN Kuang iaitu:

     

    1. Kuil Sri Maha Mariamman, Ladang Bukit Lagong, Kuang Utara; dan
    2. Kuil Arulmigu Sri Sivasubravaniar Alayam, Jalan Ciku, Pekan Kuang.
  3. Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri terhadap rumah ibadat bukan islam (RIBI) yang dibina secara haram?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Pejabat Daerah dan Tanah serta Pihak Berkuasa Tempatan mengambil tindakan seperti berikut:

     

    1. Pemindahan RISI ke tapak khusus bagi kegunaan RISI yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri;
    2. Pewartaan tapak kepada Persatuan yang menguruskan RISI tersebut sekiranya tapak itu merupakan tanah dirizabkan bagi kegunaan RISI;
    3. Tindakan perobohan sekiranya RISI baharu dibina tanpa kebenaran di atas tapak yang tidak sah; dan
    4. Pemantauan secara berterusan oleh pihak PBT dan PDT terhadap RISI yang dibina di dalam kawasan pentadbiran.

    Semua langkah yang disebutkan ini bergantung kepada kesesuaian pelaksanaan yang dinilai secara kolektif di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas LIMAS dan seterusnya dibawa bagi pertimbangan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Lampiran

Tiada Lampiran.