Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

349) DEWAN ORANG RAMAI BANDAR TASIK PUTERI

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status pembinaan dewan orang ramai Bandar Tasik Puteri yang dijanjikan dan bilakah tarikh ianya dijangka siap?

    Untuk makluman Yang Berhormat, status dewan orang ramai Bandar Tasik Puteri yang terkini adalah dalam kerja-kerja awal pembinaan iaitu anggaran sekitar 12.22% kemajuan kerja. Dewan ini dijangka siap pada 17 September 2024.

  2. Adakah dewan ini berkonsepkan "multi-purpose court"?

    Dewan tersebut berkonsepkan ‘multi-purpose court’ gunasama bagi tiga gelanggang sukan Badminton dan Takraw. Ruangan Dewan adalah bagi tujuan majlis keramaian, perkahwinan atau sambutan majlis tertentu untuk komuniti.

  3. Berapakah keluasan dan kapasiti dewan dalam satu-satu masa?

    Keluasan keseluruhan dewan berserta dengan blok annexe adalah bersamaan dengan 924.21m2 / 9,948.11sqft (Built-up area). Dewan tersebut dibina atas sebahagian tanah berkeluasan 2.86 ekar. Kapasiti dewan adalah seramai 1000 pax dalam satu-satu masa.

Lampiran

Tiada Lampiran.