Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
342) SUSTAINABLE DEVELOPMENT GOALS
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah tahap pencapaian pelaksanaan Sustainable Development Goal di peringkat Kerajaan Negeri, agensi dan syarikat berkaitan kerajaan negeri Selangor?
Pada masa ini, Kerajaan Negeri memantau pelaporan tahap pencapaian pelaksanaan Sustainable Development Goal (SDG) di peringkat Kerajaan Negeri melalui PLANMalaysia Selangor dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor. Pelaksanaan SGD diukur melalui pelaporan secara sukarela yang dikemukakan kepada pihak United Nations (UN). Pencapaian setakat ini adalah seperti berikut:
i. Voluntary Subnational Review (VSR) (peringkat Negeri Selangor) yang disediakan oleh PLANMalaysia Selangor pada tahun 2023. VSR ini telah melaporkan pencapaian tujuh (7) Matlamat SDG seperti berikut:
- Matlamat 1: Tiada Kemiskinan;
- Matlamat 4: Kualiti Pendidikan;
- Matlamat 11: Bandar dan Komuniti Yang Mampan;
- Matlamat 13: Tindakan Iklim;
- Matlamat 16: Keamanan, Keadilan dan Institusi Yang Teguh; dan
- Matlamat 17: Kerjasama Demi Matlamat.
ii. Voluntary Local Review (VLR) (peringkat Pihak Berkuasa Tempatan) oleh PBT seperti berikut;
i. Majlis Bandaraya Shah Alam pada tahun 2021 telah melaporkan pencapaian lima (5) Matlamat SDG seperti berikut:
- Matlamat 1 : Tiada Kemiskinan;
- Matlamat 11: Bandar dan Komuniti Yang Mampan;
- Matlamat 12: Penggunaan dan Pengeluaran Yang Bertanggungjawab;
- Matlamat 13: Tindakan Iklim; dan
- Matlamat 15: Kehidupan Di Darat;
ii. Majlis Bandaraya Subang Jaya pada tahun 2021 telah melaporkan pencapaian tujuh (7) Matlamat SDG seperti berikut:
- Matlamat 3: Kesihatan Yang Baik dan Kesejahteraan;
- Matlamat 5: Kesaksamaan Gender;
- Matlamat 8: Pekerjaan Yang Sesuai dan Pertumbuhan Ekonomi;
- Matlamat 11: Bandar dan Komuniti Yang Mampan;
- Matlamat 12: Penggunaan dan Pengeluaran Yang Bertanggungjawab;
- Matlamat 13: Tindakan Iklim; dan
- Matlamat 16: Keamanan, Keadilan dan Institusi Yang Teguh;
iii. Majlis Perbandaran Sepang pada tahun 2023 telah melaporkan pencapaian lima (5) Matlamat SDG seperti berikut:
- Matlamat 1: Tiada Kemiskinan;
- Matlamat 8: Pekerjaan Yang Sesuai dan Pertumbuhan Ekonomi;
- Matlamat 9: Industri, Inovasi dan Infrastuktur;
- Matlamat 11: Bandar dan Komuniti Yang Mampan; dan
- Matlamat 12: Penggunaan dan Pengeluaran Yang Bertanggungjawab.
Melalui VSR dan VLR tersebut, PLANMalaysia Selangor dan PBT telah melaporkan pencapaian di peringkat negeri dan PBT melalui pemilihan dari 17 Matlamat SDG, 169 sasaran dan 247 indikator. Matlamat SDG yang dilaksanakan di peringkat masing-masing dilaporkan berdasarkan pelaksanaan pelbagai program dan projek oleh Kerajaan Negeri dan PBT.