Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
340) CSR MBI
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah bajet CSR MBI Selangor untuk tahun 2023? Berapakah yang telah dibelanjakan untuk tujuan CSR bagi penduduk dan rakyat di Taman Medan?
Bajet CSR MBI Selangor untuk tahun 2023 adalah sebanyak RM37,000,000.00. Bagi perbelanjaan CSR untuk penduduk dan rakyat di DUN Taman Medan pada tahun 2023 adalah sebanyak RM430,200.00.
Melalui jumlah dana yang disalurkan di DUN Taman Medan tersebut, pelbagai aktiviti dan program telah dilaksanakan dan memberi manfaat seperti program sumbangan Insentif Haji Muassasah, Program Sumbangan Bakul Makanan, Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS), Sumbangan Bencana Alam dan Musibah, Sumbangan Peranti kepada para pelajar B40, Sumbangan Sijil Simpanan Premium (SSP) kepada Mahasiswa, Sumbangan PIBG Sekolah, Sumbangan Pembaikan Infrastruktur Sekolah, Sumbangan Program Keagamaan, Sumbangan Program Masjid dan Surau, Sumbangan Program Perayaan Bukan Islam dan pelbagai lagi sumbangan yang pastinya dinikmati oleh rakyat.
-
Senaraikan jumlah pecahan perbelanjaan CSR MBI Selangor mengikut DUN bagi tahun 2023?
Berikut adalah senarai jumlah pecahan perbelanjaan CSR MBI Selangor mengikut DUN bagi tahun 2023:
No PARLIMEN BIL DUN DANA (RM) 1 Kuala Selangor 1 Jeram 392,380.00 2 Bukit Malawati 72,643.00 3 Ijok 133,890.00 2 Ampang 4 Bukit Antarabangsa 118,820.00 5 Lembah Jaya 125,790.00 3 Bangi 6 Balakong 34,370.00 7 Seri Kembangan 123,090.00 8 Sungai Ramal 65,750.00 4 Klang 9 Bandar Baru Klang 75,730.00 10 Pandamaran 210,830.00 11 Pelabuhan Klang 168,660.00 5 Damansara 12 Bandar Utama 61,420.00 13 Kampung Tunku 25,031.00 6 Kuala Langat 14 Banting 371,040.00 15 Morib 183,110.00 16 Sijangkang 132,010.00 7 Hulu Selangor 17 Batang Kali 97,766.00 18 Hulu Bernam 71,060.00 19 Kuala Kubu Bharu 118,490.00 8 Shah Alam 20 Batu 3 208,940.00 21 Kota Anggerik 1,251,905.00 9 Petaling Jaya 22 Bukit Gasing 52,610.00 23 Taman Medan 430,200.00 10 Sungai Buloh 24 Bukit Lanjan 48,260.00 25 Kota Damansara 117,010.00 26 Paya Jaras 57,150.00 11 Sepang 27 Dengkil 201,390.00 28 Sungai Pelek 66,710.00 29 Tanjung Sepat 146,368.00 12 Kota Raja 30 Kota Kemuning 101,660.00 31 Sentosa 59,150.00 32 Sungai Kandis 76,560.00 13 Hulu Langat 33 Dusun Tua 66,670.00 34 Kajang 349,935.00 35 Semenyih 205,170.00 14 Gombak 36 Gombak Setia 483,901.00 37 Hulu Kelang 281,490.00 38 Sungai Tua 1,992,420.00 15 Puchong 39 Kinrara 115,520.00 40 Seri Serdang 49,730.00 16 Selayang 41 Kuang 30,000.00 42 Rawang 188,400.00 43 Taman Templer 96,550.00 17 Kapar 44 Meru 126,180.00 45 Selat Klang 76,730.00 46 Sementa 72,550.00 18 Pandan 47 Pandan Indah 74,070.00 48 Teratai 48,880.00 19 Tanjong Karang 49 Permatang 78,690.00 50 Sungai Burong 99,560.00 20 Sabak Bernam 51 Sabak 156,710.00 52 Sungai Air Tawar 68,378.00 21 Sungai Besar 53 Sekinchan 106,000.00 54 Sungai Panjang 212,690.00 22 Subang 55 Seri Setia 37,930.00 56 Subang Jaya 161,235.00 23 Program meliputi semua DUN – General 23,679,646.84 JUMLAH 34,258,828.84 -
Apakah ADN pembangkang boleh memohon belanjawan bagi pihak penduduk di kawasan kami untuk tujuan program kebajikan?
MBI Selangor merupakan sebuah badan yang ditubuhkan khusus untuk mentadbir pengurusan aset dan pelaburan milik Kerajaan Negeri serta mewakili Kerajaan Negeri dalam melaksanakan aktiviti berunsur perniagaan yang di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri. Selain itu, MBI juga berperanan mempromosi dan mendukung usaha pembangunan Negeri Selangor di samping melunaskan kewajiban tanggungjawab sosial kepada masyarakat.
Sehubungan itu, MBI Selangor sentiasa melaksanakan peranan utama di dalam menyokong program-program amal dan kebajikan selaras dengan agenda Kerajaan Negeri Selangor. Maka, tiada halangan untuk pihak MBI Selangor untuk menerima sebarang permohonan daripada mana-mana pihak yang bertujuan untuk perkara-perkara kebajikan yang melibatkan pendidikan, pembangunan ummah dan komuniti, serta kelestarian hidup rakyat di Negeri Selangor.