Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

339) TAMBAK PESISIR PANTAI

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri bercadang untuk melaksanakan sebarang projek tambakan laut di sepanjang pesisir pantai negeri Selangor?

    Untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor belum ada cadangan untuk melaksanakan projek tambakan laut di sepanjang persisiran pantai Negeri Selangor. Walau bagaimanapun, JPS sedang melaksanakan projek Beach Nourishment bagi memastikan kawasan pantai yang terhakis kembali pulih seperti sedia kala melalui pembinaan struktur pelindung dan pemulihan dataran pantai (menyembur pasir laut).

Lampiran

Tiada Lampiran.