Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

337) COVID-19

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah persediaan Kerajaan Negeri Selangor untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan terjadinya semula pandemik COVID-19?

    Perkembangan jangkitan COVID-19 di peringkat global mahupun kebangsaan, dipantau secara aktif oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui pelbagai kaedah. Justeru, antara strategi yang telah dirangka dan sedang dilaksanakan sebagai persediaan Kerajaan Negeri Selangor untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan terjadinya semula pandemik COVID-19 meliputi:

    1. Heightened Alert System (HAS), bagi memantau dengan teliti kes-kes COVID-19 yang didaftarkan, bilangan kemasukan kes COVID-19 ke hospital dan kes kematian COVID-19;
    2. Memperkukuhkan aspek pencegahan dan pengurusan klinikal kes COVID-19. Antara lain melibatkan pengurusan vaksin, ubatan antiviral dan kesiapsiagaan surge capacity di fasiliti KKM di seluruh negara;
    3. Penglibatan dan pemerkasaan masyarakat dalam pelaksanaan konsep TRIIS (test, report, isolate, inform & seek);
    4. Pemantauan varian SARS-COV-2 melibatkan variant of concern (VOC) dan variant of interest (VOI) di Malaysia;
    5. Pemantauan persediaan sumber manusia, logistik dan peralatan di Jabatan Kesihatan Negeri Selangor melibatkan fasiliti kesihatan primer dan hospital dengan data dikemaskini secara berkala sebagai kesiapsiagaan menghadapi sebarang potensi krisis kesihatan, tidak hanya terhad kepada COVID-19 sahaja;
    6. Latihan simulasi menghadapi wabak/ krisis penyakit berjangkit diadakan pada setiap tahun melibatkan anggota KKM dan agensi luar yang berkaitan;
    7. Perkongsian maklumat kepada umum melalui saluran media rasmi JKN Selangor, hebahan di media massa dan melalui kenyataan rasmi KKM.

Lampiran

Tiada Lampiran.