Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
335) MASALAH KEKURANGAN MINAT PELAJAR UNTUK MENYAMBUNG PELAJARAN KE PERINGKAT TINGGI
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah peratusan pelajar lepasan SPM tahun 2022 yang melanjutkan pelajaran ke kolej atau universiti?
Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.
JPN Selangor telah mengambil inisiatif mengumpulkan maklumat Pengesanan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melalui Sistem eProfil Kerjaya Murid (ePKM). Dapatan data terkini yang dilaporkan oleh lepasan SPM atau guru bimbingan dan kaunseling dalam sistem ePKM tersebut menunjukkan seramai 62.05 peratus (41 631 orang) murid lepasan SPM 2022 telah melanjutkan pelajaran ke kolej atau universiti.
JPN Selangor sentiasa komited menggalakkan dan meningkatkan motivasi murid melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dengan melaksanakan program pendidikan kerjaya melalui Karnival Pendidikan Kerjaya SUKSES, outreach pendidikan kerjaya di setiap daerah dan kerjasama dengan institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut pengajian tinggi swasta (IPTS) agar murid mempunyai halatuju kerjaya yang jelas.
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri Selangor untuk menarik minat pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi?