Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

333) PENGURUSAN SISA NAJIS DI KAMPUNG BESTARI JAYA

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan kontraktor yang dilantik oleh IWK dalam pengurusan sisa najis?

    Kontraktor yang dilantik oleh IWK dalam pengurusan sisa bio-pepejal dari LRK Awam di bawah selenggaraan IWK di Negeri Selangor adalah:

    i) Global EnVdk Sdn Bhd

    ii) Perintis Jingga Sdn Bhd

    iii) Perkasa Daya Enterprise

    iv) AK Engineering Sdn Bhd

  2. Apakah kriteria yang dimbil kira oleh IWK dalam melantik kontraktor dan bagaimanakah IWK memastikan SOP pengurusan najis oleh kontraktor yang dilantik diselia dengan baik?

    Perlantikan kontraktor bagi menguruskan pelupusan sisa bio-pepejal adalah secara lantikan terma bagi satu tempoh tertentu. Pihak kontraktor perlu mematuhi terma kontrak dan penilaian prestasi kontrak akan dibuat bagi setiap arahan kerja yang diberikan oleh pihak IWK. Pembaharuan kontrak hanya akan diberikan kepada kontraktor yang mempunyai pencapaian rekod prestasi skor cemerlang dan baik sahaja. Mengikut SOP IWK, kenderaan lori kontraktor perlu dilengkapi dengan sistem Vehicle Monitoring System (VMS) bagi tujuan pemantauan rapi pergerakan aktiviti pelupusan sisa bio-pepejal dari lokasi LRK hinggalah ke tapak pelupusan yang dibenarkan.

  3. Kontraktor IWK membawa keluar sisa najis menggunakan Roll-On Roll-Off (RORO) Bin di Kampung Bestari Jaya yang menyebabkan najis berciciran di kawasan kampung. Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk memastikan penduduk Kampung Bestari Jaya dapat hidup dalam keadaan yang bersih?

    Dari semakan rekod, tiada sebarang aktiviti pelupusan sisa bio-pepejal dijalankan pada masa kini dan tempoh terdekat di LRK awam selenggaraan IWK yang terletak berdekatan dengan Kampung Bestari Jaya.

Lampiran

Tiada Lampiran.