Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

332) PELUANG PEKERJAAN RAKYAT SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan Bantuan/Inisiatif Kerajaan Negeri Selangor dalam menggalakkan pertumbuhan peluang pekerjaan di Selangor?

    Salah satu objektif utama penubuhan Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan Pekerja pada tahun tahun 2021 adalah untuk membantu rakyat di negeri Selangor khususnya yang telah kehilangan pekerjaan semasa pandemik Covid-19 melanda negara kita untuk mendapatkan kembali pekerjaan demi meneruskan kelangsungan hidup pada masa hadapan. Sejak penubuhan Jawatankuasa Tetap tersebut, pelbagai inisiatif telah dirancang dan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha membantu rakyat Selangor yang tiada pekerjaan untuk mendapatkan sumber pendapatan melalui pelaksanaan program – program berteraskan kerjaya. Antara program-program utama yang mengkhususkan peluang pekerjaan kepada rakyat negeri Selangor yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:

    1. Program Jelajah Jobcare (Program pameran kerjaya yang dilaksanakan di setiap daerah) ;
    2. Program Gigcare – 1,000 (Membantu seramai 1,000 orang dalam kalangan pekerja perkhidmatan Gig bagi membiayai caruman perlindungan di bawah skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk tempoh setahun serta memberi kesedaran kepada mereka mengenai kepentingan perlindungan PERKESO bagi menjamin masa depan mereka dan seisi keluarga;
    3. Program Jaminan Kerja Selangor (Program berkonsepkan pameran kerjaya dengan usahasama Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA)) ;
    4. Program Bike Care-1,000 (Membantu menggalakkan rakyat di negeri Selangor untuk menjana pendapatan di bawah ekonomi Gig) ; dan
    5. Program Latihan dan Penempatan Pekerja dengan usahasama Institusi Pengajian Tinggi.

    Walau bagaimanapun, bagi penggal yang baharu, Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan Pekerja telah dimansuhkan dan digantikan kepada Jawatankuasa Tetap Sumber Manusia di mana objektif penubuhan serta peranan diperluas dalam pelbagai sudut untuk membangunkan dan melahirkan pekerja yang kompeten, produktif, responsif dan berdaya tahan dalam pasaran buruh negara ke arah meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja disamping menyelesaikan permasalahan pekerjaan rakyat Negeri Selangor khususnya individu yang dikategorikan sebagai golongan rentan seperti warga emas, ibu tunggal, OKU dan bekas banduan.

  2. Senaraikan pameran pekerjaan yang pernah diadakan oleh Kerajaan Negeri mengikut tarikh, lokasi dan nyatakan setiap kos pameran pekerjaan yang diadakan.

    Soalan (b) dan (c) dijawab bersekali.

    Di bawah Jawatankuasa Tetap Sumber Manusia, Kerajaan Negeri Selangor melalui Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS) telah menjalinkan usahasama bersama Petubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dalam melaksanakan Program Siri Jelajah Jobcare di setiap daerah yang memfokuskan kepada golongan belia khususnya di kawasan luar bandar. Program berkonsepkan pameran kerjaya ini adalah khusus untuk memberi peluang kepada anak muda tempatan di setiap daerah untuk mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian oleh pihak majikan terlibat adalah dalam kawasan komuniti yang sama. Bagi tahun 2023, Program Jelajah Jobcare telah diadakan mengikut ketetapan dan perbelanjaan seperti berikut :-

    BIL. DAERAH / LOKASI TARIKH PELAKSANAAN KOS PERBELANJAAN
    1. Klang

    (Dewan Hamzah – Utama)

    3 Februari 2024 RM33,920.00
    2. Sepang

    (University of Cyberjaya)

    14 September 2023 RM25,220.00
    3. Hulu Selangor

    (Dewan Dato’ Abdul Hamid)

    30 September 2023 RM25,220.00
    4. Gombak

    (Pusat Komuniti Gombak)

    9 September 2023 RM25,220.00
    5. Hulu Langat

    (Dewan Seri Cempaka MPKJ)

    4 November 2023 RM25,220.00
    6. Petaling

    (Dewan Menara Yayasan Selangor)

    26 Ogos 2023 RM25,220.00
    7. Kuala Langat

    (Dewan Sri Jugra)

    28 Oktober 2023 RM25,220.00
    8. Kuala Selangor

    (Dewan Penggawa Permatang)

    2 Disember 2023 RM25,220.00
    9. Sabak Bernam

    (Dewan Tun Razak)

    16 Disember 2023 RM25,220.00
    JUMLAH KESELURUHAN RM235,680.00

    Sehubungan dengan itu, bagi tahun 2024 Program Siri Jelajah Jobcare ini akan diteruskan dan ditambahbaik dengan cadangan pertambahan lokasi pelaksanaan keseluruhan di tiga belas (13) kawasan merangkumi sembilan (9) daerah.

    Dalam pada itu, Jawatankuasa Tetap Sumber Manusia secara dasarnya akan meluncurkan pelbagai program – program khusus kepada pencari kerja di Negeri Selangor dan antara program yang telah dirancang adalah seperti berikut :

    1. Program Mega Kerjaya Peringkat Negeri Selangor;
    2. Program Job For Vulnerable Groups (J4VG);
    3. Program Pembangunan Kerjaya Pekerja (Upskilling & Reskilling) – Program Latihan Kemahiran ;
    4. Program usahasama melibatkan beberapa agensi / jabatan seperti Jabatan Penjara Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), pasaraya – pasaraya berkenaan dan sebagainya ; dan
    5. Program Pembangunan Majikan.

    Program – program ini adalah terbuka kepada seluruh rakyat di negeri Selangor dan tidak terkecuali kepada belia di kawasan luar bandar. Dengan peruntukan sebanyak RM500,000.00 setahun sebagai permulaan tahun 2024, saya percaya peruntukan ini akan diselaras semula dari semasa ke semasa kepada Jawatankuasa Tetap memandangkan banyak perancangan program – program yang berimpak tinggi akan dibawa untuk pertimbangan dan kelulusan selanjutnya.

  3. Apakah usaha dan langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk menambah peluang pekerjaan kepada golongan belia di kawasan luar bandar?

Lampiran

Tiada Lampiran.