Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

329) KOMPLEKS IKAN LKIM KUALA SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sejajar dengan memastikan objektif kerajaan Negeri Selangor untuk menjamin keterjaminan makanan dan rancangan membina Kompleks LKIM baru di Sekinchan, adakah Kerajaan Negeri Selangor mempunyai cadangan untuk mendalamkan muara Sungai di Kompleks Ikan LKIM Kuala Selangor untuk memudahkan laluan dan membolehkan sampan dan boat nelayan untuk mendarat?

    Projek Pelabuhan Pendaratan Ikan Bersepadu di Sekinchan merupakan antara projek berimpak tinggi pertama di Malaysia di dalam Sabak Bernam Development Area (SaBDA) yang terkandung di dalam Rancangan Selangor Pertama (RS1) telah diumumkan oleh Y.A.B Dato’ Menteri Besar pada bulan Julai tahun 2022. Untuk makluman, Projek Pelabuhan Pendaratan Ikan Bersepadu Sekinchan ini merupakan pembiayaan pihak swasta dan ianya tidak menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri. Manakala, bagi kerja-kerja pengorekan dan mendalamkan sungai di Kompleks LKIM Kuala Selangor, pihak LKIM Negeri Selangor tiada peruntukan bagi kerja-kerja tersebut, namun terdapat keperluan supaya kerja-kerja pengorekan perlu dilakukan bagi memudahkan bot-bot nelayan yang berhasrat untuk mendaratkan ikan di Kompleks LKIM Kuala Selangor. Ketika ini, hanya pendaratan kerang sahaja yang didaratkan di Kompleks LKIM Kuala Selangor dan jualan minyak diesel bersubsidi yang diuruskan oleh Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kuala Selangor bagi kemudahan bot A dan bot B.

  2. Senaraikan bilangan penerima dan inisiatif kerajaan negeri untuk membantu nelayan di Tanjong Karang mengikut pecahan Dun Permatang dan Sungai Burong?

    Pecahan nelayan mengikut bilangan penerima dan di Tanjung Karang mengikut pecahan Dun Permatang dan Sungai Burong adalah seperti berikut:-

Lampiran

Tiada Lampiran.