Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

324) SYARIKAT AIR SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah yang di ambil oleh Syarikat Air Selangor untuk memastikan bekalan air dan tekanan air yang stabil dikawasan - kawasan yang tinggi dan berbukit seperti di kawasan Kampung Desa Putra , Kampung Limau Manis dan Kampung Dato Abu Bakar Baginda?

    Kawasan-kawasan tersebut mendapat bekalan dari sumber Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih. Pembangunan yang tidak terancang serta ketiadaan infrastruktur bekalan air yang mampan selain permintaan bekalan air yang telah melebihi reka bentuk sistem perpaipan sedia ada telah menyebabkan isu tekanan rendah timbul.

    Bagi penyelesaian jangka pendek, Air Selangor merancang untuk melaksanakan pemasangan paip sambungan yang dijangka akan dilaksanakan pada suku pertama 2025. Di samping itu, Air Selangor telah merancang untuk menyalurkan sumber bekalan air alternatif daripada sistem pengepaman Rumah Pam Desa Putra LRA Semenyih 2 ke kawasan Kg Limau Manis dan dijangka untuk dilaksanakan pada suku pertama 2025.

    Untuk penyelesaian jangka panjang pula, Air Selangor bercadang untuk memasang jajaran paip baharu sepanjang 2 km bagi memastikan bekalan air yang mampan di kawasan ini dan dijangka untuk dilaksanakan pada 2027.

Lampiran

Tiada Lampiran.