Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

322) LANDSKAP DI KAWASAN DENGKIL

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Dengkil adalah pintu masuk di KLIA ke Kuala Lumpur dan Putrajaya. Apakah usaha kerajaan Selangor untuk memperindahkan laluan jalan dengan landskap yang menarik untuk menjadikan Dengkil sebagai destinasi yang melambangkan keindahan Malaysia?

    Laluan masuk di sekitar KLIA merupakan Jalan Persekutuan dimana peruntukan untuk penyelenggaraan jalan dimohon kepada Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kerja Raya, KKR. Skop kerja landskap adalah tidak termasuk dalam skop penyelenggaraan pihak konsesi Roadcare. Justeru itu, pihak JKR Selangor telah memohon peruntukan landskap dan roadsweeper secara one off setiap tahun kepada Cawangan Senggara Fasilti Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia, namun peruntukan yang diterima adalah terhad. Pada tahun 2024, JKR Selangor telah menerima peruntukan sebanyak RM 550,000.00 bagi kerja landskap dan roadsweeper di Jalan Persekutuan FT26, Lebuhraya KLIA dan Jalan Persekutuan FT27, Jalan Pekeliling KLIA.

  2. Apakah terdapat apa - apa perancangan daripada Kerajaan Negeri untuk menaiktaraf atau menambahkan tempat - tempat pelancongan di kawasan Dengkil? Cadangan saya membina dataran di pinggir Sungai Langat di Pekan Dengkil.

    Projek dataran promenade Dengkil telah dibincangkan dalam pelan rekabentuk bandar Dengkil. Perlaksanaan projek pada tahun 2030.

Lampiran

Tiada Lampiran.