Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
320) JALAN DENGKIL – BANTING
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah Langkah kerajaan Selangor untuk menyelesaikan kesesakan jalan raya di Banting ke Pekan Dengkil? Adakah peruntukan boleh disediakan untuk menyelesaikan kesesakan yang tak berkesudahan , pembesaran dan baik pulih jalan dari Dengkil sehingga ke Banting?
Jalan dari Banting ke Pekan Dengkil adalah Jalan Persekutuan FT31. Pihak JKR Selangor telah mengangkat permohonan pelebaran jalan di bawah Rolling Plan 5, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) ke Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia pada 5 Februari 2024 seperti berikut:
- Cadangan Membina Jalan Baru FT31 di Pekan Dengkil, Daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan
Anggaran Kos: RM 337juta - Cadangan Menaiktaraf Jalan FT31 dari Persimpangan FT31/FT32 hingga Persimpangan WCE, Daerah Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan
Anggaran Kos: RM 285juta
- Cadangan Membina Jalan Baru FT31 di Pekan Dengkil, Daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan