Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

318) BANDAR CYBERJAYA

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan yang dibuat untuk menjadikan Cyberjaya sebagai sebuah bandar yang bersih dan bestari?

    Majlis Perbandaran Sepang telah mengambil beberapa inisiatif bagi memacu pembangunan Cyberjaya sebagai sebuah bandar yang vibran dan mampan dengan menyediakan beberapa laporan kajian seperti berikut:

    1. “Cyberjaya Smart & Low Carbon 2025”
    2. Kajian Rekabentuk Bandar Cyberjaya
    3. “Sepang SDG Roadmap 2030”
    4. “Sepang Voluntary Local Review 2023”
    5. Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Sepang (Pengubahan 4) 2025
    6. Garis Panduan Pembangunan Mampan @ Sepang

    Setiap perancangan dan pembangunan di Cyberjaya perlu merujuk kepada laporan yang telah disediakan bagi memastikan Bandar Cyberjaya sebuah bandar yang berinovasi dan berdaya saing.

  2. Adakah Kerajaan bercadang ingin menghubungkan Bandar Cyberjaya dan Cyber South bagi mengelakkan kesesakan dan manfaat pada kawasan lain seperti Bukit Damar?

    Majlis Perbandaran Sepang telah menyediakan Kajian Pelan Infrastruktur Bukit Damar yang mana telah mengambilkira aspek penyediaan kemudahan infrastruktur untuk diintegrasikan dengan pembangunan Cyberjaya dan Cybersouth.

Lampiran

Tiada Lampiran.