Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

311) APAKAH LANGKAH-LANGKAH KERAJAAN NEGERI SELANGOR UNTUK MENGATASI ISU SAMPAH

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan isu sampah yang tidak berkesudahan di DUN Selat Klang walapun MPK telah menyambung kontrak kutipan sampah bersama KDEB? Tetapi sehingga hari ini kami masih merima aduan dari penduduk tentang sampah-sampah seperti longgokan sampah di bahu-bahu jalan, sampah pukal tidak dikutip sehingga berbulan-bulan terbiar.

    Pihak KDEBWM menjalankan kerja-kerja kutipan dan pembersihan mengikut jadual yang ditetapkan. Walaubagaimanapun, sikap penduduk yang membuang sampah merata-rata tempat atau di bahu-bahu jalan menjadi hotspot pada orang lain juga untuk membuang sampah. Penduduk boleh menggunakan sistem aplikasi IClean sekiranya ingin membuang sampah pukal di premis masing-masing dengan lebih cepat dan effisien.

  2. Longgokan sampah di bahu-bahu jalan
    sampah pukal tidak dikutip sehingga berbulan-bulan terbiar.

  3. Berapakah kekerapan pusingan sampah-sampah tersebut di kutip untuk setiap hari dan berapa kerapkah kutipan sampah-sampah di rumah-rumah penduduk? kami banyak menerima aduan mengatakan banyak sampah-sampah tidak di kutup dan berbau,berulat ini boleh menyebakan kesihatan panduduk.

    Jadual kutipan sampah di kawasan perumahan adalah 3 kali seminggu. Kutipan dijalankan mengikut jadual sama ada pada hari Isnin, Rabu, Jumaat atau Selasa, Khamis, Sabtu.

Lampiran

Tiada Lampiran.