Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

308) PEMBANGUNAN KOMPLEKS SUKAN SHAH ALAM

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah komponen dan butiran terkini pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam? Senaraikan butiran, lokasi dan keluasan tanah-tanah yang telah diluluskan untuk pertukaran tanah serta nilai tanah-tanah yang terlibat. Nyatakan penilaian JPPH untuk tanah-tanah di tapak stadium yang sedia ada. Kerajaan Negeri juga diminta untuk menyatakan tarikh siap pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam.

    Komponen-komponen KSSA:

     

    Plot 1

    1)    Stadium Shah Alam

    2)    Ruang Perniagaan

    3)    Plaza Parkir

    4)    Teater Tertutup

    5)    Sayap Sukan

    6)    Sayap Belia

    7)    Kawasan Rekreasi dan Sukan Luaran

     

     

     

     

    156.55 Ekar

    Plot 2

    1)    Hotel

     

     

    3.62 Ekar

    Plot 3

    1)    Terminal Bersepadu dan Parkir

     

    10.05 Ekar

     

    Tanah gantian bagi tujuan land swap belum dimuktamadkan.

    Penilaian tanah gantian bagi tujuan land swap akan dilaksanakan oleh JPPH kelak untuk disesuaikan dengan kos Pembangunan KSSA.

    Jangkaan siap keseluruhan Pembangunan KSSA adalah pada tahun 2029.

     

     

    NOTA TAMBAHAN :

    1. MBI tidak membuat penilaian ke atas tanah KSSA memandangkan timbal balas kos “land swap” adalah berdasarkan kepada kos Pembangunan KSSA.

Lampiran

Tiada Lampiran.