Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

307) KERJA-KERJA PENGUBAHSUAIAN KEDIAMAN RASMI MENTERI BESAR SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan secara terperinci kos kerja-kerja pengubahsuaian dan kerja-kerja naik taraf kediaman rasmi Dato' Menteri Besar mengikut tahun semenjak 2018 sehingga 2023, butiran kerja-kerja yang terlibat, kaedah perolehan samada rundingan terus atau tender terbuka, kontraktor yang dianugerahkan kerja-kerja ini dan siapakah yang membiayai kos yang berkenaan.

    Kerja-kerja merekabentuk dan mengubahsuai ruang guna sama di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor terbahagi kepada dua (2) bahagian iaitu;

    • Merekabentuk dan Mengubahsuai Ruang Tamu Menunggu termasuk Tandas Tetamu VIP Lelaki dan Wanita; dan
    • Merekabentuk dan Mengubahsuai Dewan Umum Berbumbung.

    Bagi kerja-kerja merekabentuk dan mengubahsuai ini, pihak MBI telah menyediakan peruntukan sebanyak RM2,500,000.00 (termasuk 10% kontigensi). Berikut merupakan kos yang terlibat di dalam kerja-kerja merekabentuk dan mengubahsuai Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor.

    Kontraktor bagi Kerja Merekabentuk dan Mengubahsuai Ruang Menunggu Tamu termasuk Tandas Tetamu VIP Lelaki dan Wanita

    ESTHETIC TASK SDN BHD

    Nilai kontrak bagi kerja merekabentuk dan mengubahsuai Ruang Menunggu Tamu termasuk Tandas Tetamu VIP Lelaki dan Wanita + Pelarasan Harga Kontrak

    RM 970,056.00 + RM93,960.00

    Kontraktor bagi Kerja Merekabentuk dan Mengubahsuai Dewan Umum Berbumbung

    GASB SDN BHD

    Nilai kontrak bagi kerja merekabentuk dan mengubahsuai Dewan Umum Berbumbung + Pelarasan Harga Kontrak

    RM 993,600.00 + RM 130,098.96

    Jumlah Kos Keseluruhan Kerja-kerja Merekabentuk dan Mengubahsuai Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor

    RM 2,197,714.96

    Jumlah peruntukan yang diluluskan

    RM 2,500,000.00

     

    Tender bagi kerja-kerja merekabentuk dan mengubahsuai ini telah dijalankan dengan kaedah tender tertutup di mana 9 kontraktor telah dipanggil. 4 daripada kontraktor tersebut memasuki tender bagi merekabentuk dan mengubahsuai Ruang Tamu Menunggu manakala 5 lagi kontraktor memasuki tender bagi kerja merekabentuk dan mengubahsuai Dewan Umum Berbumbung.

    Kerja-kerja menaiktaraf tandas tetamu VIP lelaki dan wanita adalah merupakan skop kerja tambahan dibawah kontraktor merekabentuk dan mengubahsuai Ruang Tamu Menunggu memandangkan lokasi tandas tetamu VIP tersebut berada berdekatan dengan Ruang Tamu Menunggu.

    Kerja-kerja yang turut termasuk di dalam skop kerja kontraktor adalah:

    • Merekabentuk keseluruhan termasuk hiasan dalaman serta kerja-kerja kejuruteraan
    • Merobohkan kemasan serta struktur sediaada
    • Menyediakan struktur serta kemasan dikilang
    • Memasang kemasan
    • Mengecat
    • Membuat serta mengemaskan wayar pada binaan
    • Menyediakan serta memasang perabot – loose dan built-it

    Pada masa ini, Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) selaku pengurus aset rasmi Rumah Khas Jawatan Pejabat SUK Selangor komited melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan di Kediaman Rasmi YAB Dato’ MB melibatkan keja-kerja penyelenggaraan awam, mekanikal dan elektrikal di Kediaman Rasmi Menteri Besar.

    Sebagai maklumat tambahan juga, pada tahun 2016, terdapat kerja-kerja pembaikan dan naiktaraf telah dilaksanakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor seperti berikut:

    1. Kerja-kerja Pembaikan dan menaiktaraf Dewan Megawati, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor (Kerja-kerja Elektrikal) telah dilaksanakan dengan harga kontrak sebanyak RM614,800.00 melalui Syarikat Adaptasi Masa Sdn. Bhd; dan
    2. Kerja-kerja Pembaikan dan Menaiktaraf Dewan Megawati, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor (Kerja-kerja Awam) telah dilaksanakan dengan harga kontrak sebanyak RM424,000.00 melalui Syarikat DYIM Enterprise.

Lampiran

Tiada Lampiran.