Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

303) PROGRAM INSAN DAN INSAN TAKAFUL

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan pecahan jumlah peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri dan MBI untuk tahun 2024 bagi program INSAN dan INSAN Takaful seperti yang ditandatangani dalam Perjanjian Pelaksanaan Program di antara Kerajaan Negeri dengan MBI.

    Tiada penyaluran peruntukan oleh Kerajaan Negeri kepada MBI bagi Program INSAN dan INSAN Takaful untuk tahun 2024 mengikut Perjanjian Pelaksanaan Program di antara Kerajaan Negeri dengan MBI.

     

     

    Nota Tambahan:

    Peruntukan oleh Kerajaan Negeri berjumlah sebanyak RM12.72 juta untuk Program INSAN Konvensional telah disalurkan kepada MBI pada tahun 2022 manakala peruntukan berjumlah sebanyak RM7.0 juta untuk Program INSAN Takaful telah disalurkan kepada MBI pada tahun 2023.

Lampiran

Tiada Lampiran.