Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
279) BANTUAN ASAS YURAN UNIVERSITI (BAYU)
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah baki tabung peruntukan terkini dalam Bantuan Asas Yuran Universiti (BAYU) di bawah Iltizam Selangor Penyayang?
Bantuan Yuran Asas Universiti (BAYU) merupakan salah satu Inisiatif Peduli Rakyat Kerajaan Negeri Selangor yang menyediakan kan bantuan yuran asas sebanyak RM500 kepada pelajar yang layak pada setiap semester bagi setiap tahun pengajian. Bantuan ini diperuntukkan khas kepada pelajar yang melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi milik Kerajaan Negeri Selangor iaitu Universiti Selangor (UNISEL) dan Universiti Islam Selangor (UIS). Pada tahun 2023, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM2,000,000.00 bagi setiap institusi untuk diagihkan kepada mahasiswa yang layak.
-
Apakah pecahan bilangan penerima BAYU mengikut DUN di Selangor khususnya bagi DUN Jeram?
Maklumat penerima bantuan BAYU tidak diselenggara mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri atau DUN. Walau bagaimanapun, bilangan penerima manfaat secara keseluruhan bagi tahun 2021 hingga 2023 adalah seperti berikut:
TAHUN JUMLAH PENERIMA JUMLAH PERUNTUKAN (RM)
2021 344 172,000.00 2022 718 359,000.00 2023 2,922 1,511,000.00 JUMLAH
2,042,000.00