Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
275) KES BUNUH DIRI
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah kes bunuh diri di Selangor mengikut tahun antara 2020 hingga 2023 dan memgikut daerah.
Berikut adalah statistik kes bunuh diri sepanjang tahun 2020 – 2023 di Kontinjen Selangor.
STATISTIK KES BUNUH DIRI BAGI TAHUN 2020 – 2023
KONTINJEN SELANGOR
BIL. DAERAH 2020 2021 2022 2023 JUMLAH 1. AMPANG JAYA 3 6 9 1 19 2. GOMBAK 5 14 5 4 28 3. HULU SELANGOR 5 2 4 0 11 4. KAJANG 1 4 1 4 10 5. KLANG SELATAN 2 0 2 3 7 6. KLANG UTARA 1 1 2 0 4 7. KLIA 0 0 0 1 1 8. KUALA LANGAT 0 4 0 1 5 9. KUALA SELANGOR 1 2 0 6 9 10. PETALING JAYA 2 5 3 2 12 11. SABAK BERNAM 0 4 0 0 4 12. SEPANG 5 2 0 2 9 13. SERDANG 1 3 2 0 6 14. SG.BULOH 1 3 2 4 10 15. SHAH ALAM 1 1 4 4 10 16. SUBANG JAYA 1 1 1 0 3 JUMLAH 29 52 35 32 148 Sepanjang tempoh dari tahun 2020 hingga 2023 sebanyak 148 kes bunuh diri telah dicatatkan di Kontinjen Selangor. Pada tahun 2020 sebanyak 29 kes telah dicatatkan. Manakala, pada tahun 2021 ia telah mencatatkan sebanyak 52 kes iaitu peningkatan sebanyak 23 kes atau 79%. Tahun 2022 pula telah menunjukkan penurunan sebanyak 17 kes atau -32.69% di mana sebanyak 35 kes telah dicatatkan.
Pada tahun 2023, statistik Bunuh Diri ini telah menunjukkan penurunan sebanyak 3 kes atau -8.57% di mana telah mencatatkan sebanyak 32 kes sahaja. Daerah yang menjadi penyumbang utama dalam kes bunuh diri adalah Daerah Gombak dengan 28 kes dan disusuli Daerah Ampang Jaya dengan 19 kes dan Daerah Petaling Jaya dengan 12 kes.
-
Nyatakan punca kes ini berlaku mengikut keutamaannya.
Punca yang menjadi keutamaan kes bunuh diri adalah tekanan perasaan dan kemurungan atau tekanan ekonomi. Jika dilihat pada statistik kes bunuh diri, pada tahun 2021 adalah jumlah tertinggi di mana pada tahun tersebut adalah tempoh pandemik Covid-19 yang mana ramai orang yang kehilangan pekerjaan untuk menyara kehidupan seharian serta keluarga. Selain itu, masalah mental juga menjadi punca mangsa bunuh diri.