Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
270) MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan maklumat terperinci berkaitan jumlah aduan dan jenis-jenis aduan kepada Majlis Daerah Sabak Bernam sepanjang tahun 2023.
Keseluruhan aduan di MDSB bagi bulan Januari hingga Disember ialah sebanyak 677 aduan. Tiga kategori tertinggi aduan ialah Pembersihan awam mencatat sebanyak 175 aduan, kacau ganggu haiwan mencatat sebanyak 118 aduan dan infrastruktur mencatat sebanyak 73 aduan.
Jadual 1 : Laporan aduan mengikut kategori bulan Januari hingga Disember tahun 2023
BIL. KATEGORI ADUAN JUMLAH
1 Pembersihan awam 175
2 Kacau ganggu haiwan 118
3 Infrastruktur 73
4 Pokok 53
5 Jalan 49
6 Lampu 46
7 Pelesenan 36
8 Permohonan 26
9 Bangunan 25
10 Tandas 17
11 Kacau ganggu jiran 17
12 Tempat letak kenderaan/parkir awam 15
13 Kacau ganggu ketenteraman awam 11
14 Perkhidmatan cukai 5
15 Pengurusan landskap 3
Jumlah
677
-
Apakah kerajaan negeri bercadang untuk menguatkuasakan parking berbayar di kawasan MDSB?
MDSB akan melaksanakan parkir berbayar yang dijangka akan bermula selepas penggal kedua tahun 2024.