Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
267) RIADAH ANAK MUDA
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah pihak kerajaan bercadang untuk memperbanyakkan lagi gelanggang 'street soccer' dan juga gelanggang silat bagi riadah anak muda di DUN Semenyih?
Cadangan gelanggang street soccer/ futsal dibina berdasarkan kepada aduan dan permohonan yang diterima. Walaubagaimanapun perlaksanaannya bergantung kepada peruntukan pihak Majlis. Untuk tahun 2024, pihak Majlis akan membina 4 buah gelanggang street soccer/ futsal di dalam kawasan DUN Semenyih. Bagi cadangan gelanggang silat tiada perancangan untuk pembinaan secara khusus kerana gelanggang silat boleh dilakukan di kawasan lapang terbuka dan berumput.
-
Berapakah jumlah gelanggang seumpama ini di DUN Semenyih yang telah dibina sejak 2018?
Gelanggang futsal/ street soccer yang telah dibina DUN Semenyih sehingga tahun 2023 adalah berjumlah 8 buah gelanggang.