Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
266) PERNIAGAAN WARGA ASING (ALI BABA)
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah tindakan PBT terhadap aktiviti sewa lesen premis perniagaan kepada warga asing (Ali Baba)?
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan mengeluarkan surat tunjuk sebab pembatalan lesen kepada pemilik lesen yang disyaki menyewakan lesen atau premis yang dioperasikan oleh warga asing tanpa dokumen yang sah. Lesen akan dibatalkan sekiranya pemilik gagal memberikan maklum balas yang munasabah dalam tempoh 14 hari. Selain itu, premis akan ditutup dan nama pemilik lesen akan disenarai hitam.
-
Nyatakan statistik tangkapan kes sewa lesen premis perniagaan kepada warga asing sepanjang 5 tahun yang lepas.
Statistik bagi tangkapan kes sewa lesen premis perniagaan kepada warga asing serta tindakan pembatalan lesen adalah sebanyak 19 kes bagi tahun 2019, 62 kes bagi tahun 2020, 64 kes bagi tahun 2021, 65 kes bagi tahun 2022 dan 67 kes bagi tahun 2023.
Statistik mengikut PBT adalah seperti berikut:
BIL. PBT STATISTIK KES TANGKAPAN DAN PEMBATALAN LESEN 2019 2020 2021 2022 2023 1. MBPJ 2 10 10 8 4 2. MBSJ 2 2 9 28 1 3. MBDK 15 50 45 28 43 4. MPAJ – – – – 15 5. MPKL – – – 1 4 6. MBSA – – – – – 7. MPS – – – – – 8. MPKj – – – – – 9. MPSp – – – – – 10. MPKS – – – – – 11. MPHS – – – – – 12. MDSB – – – – – JUMLAH KESELURUHAN 19 62 64 65 67 *Sumber: PBT Negeri Selangor