Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

263) KEGAGALAN PEMAJU MEMATUHI PERATURAN JAS

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Merujuk pelan Malaysia ada menyatakan 13 prinsip dalam SFDRR Framework 2015-2030 antaranya adalah perlaksanaan dan pengukuhan dasar serta pelan pembangunan perlu bermatlamatkan kepada kelestrarian persekitaran. Berapa banyak pembangunan taman perumahan di Dun Semenyih yang gagal dalam mematuhi peraturan Jabatan Alam Sekitar (JAS) di dalam kelestarian persekitaran yang mengakibatkan berlakunya banjir kilat di Semenyih khususnya di Kampung Pasir?

    Berdasarkan rekod Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor, terdapat empat (4) projek pembangunan perumahan dan pembangunan bercampur yang terdapat dalam DUN Semenyih yang masih aktif di peringkat kerja tanah dan pembinaan. Kesemua projek tersebut telah mendapat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015. Merujuk kepada pemeriksaan penguatkuasaan oleh JAS Negeri Selangor, kesemua projek mematuhi syarat-syarat kelulusan laporan EIA yang ditetapkan termasuk melaksanakan langkah kawalan hakisan dan kelodakan. Merujuk kepada isu banjir kilat yang berlaku di Kampung Pasir pada tahun lepas, ia dipercayai berpunca daripada sebuah tapak pembukaan kerja tanah berskala kecil di sebahagian lot 1909 dan 1150, Mukim Hulu Semenyih, Daerah Hulu Langat yang dipantau oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

  2. Apakah bentuk tindakan kerajaan negeri terhadap pemaju perumahan ini?

    Tindakan kompaun dan Notis Berhenti Kerja akan dikeluarkan ke atas pemaju sekiranya pihak pemaju gagal mematuhi syarat-syarat kelulusan Pelan Infrastruktur MPKj.

     

    MAKLUMAT TAMBAHAN

    BIL PEMAJU NAMA PROJEK TARIKH PEMERIKSAAN STATUS PEMATUHAN
    1 I & P Menara Sdn Bhd (SETIA ALAM SARI SDN BHD) PROPOSED MIXED DEVELOPMENT AT LOT 1196 & 5319, MUKIM SEMENYIH AND LOT 7581-7583, MUKIM KAJANG, DISTRICT OF HULU LANGAT, SELANGOR 21.07.2023 PATUH
    2 SETIA ECOHILL 2 SDN. BHD. EIA FOR THE PROPOSED MIXED HOUSING AND COMMERCIAL DEVELOPMENT LOT 39, MUKIM BERANANG, DISTRICT OF HULU LANGAT, SELANGOR DARUL EHSAN 18.08.2022 PATUH
    3 UEM LAND BERHAD PROPOSED DEVELOPMENT ON PART OF LOT 18370 (PT21628), SELUAS 448.61 EKAR, MUKIM SEMENYIH, DAERAH HULU LANGAT, SELANGOR 04.08.2023 PATUH
    4 BOUSTEAD BALAU SDN BHD  PROPOSED MIXED DEVELOPMENT, MUTIARA HILLS, SEMENYIH SELANGOR 26.02.2020 PATUH
    07.02.2024 PATUH

Lampiran

Tiada Lampiran.