Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
262) CCTV
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan bercadang untuk perluaskan pemasangan CCTV oleh PBT dengan mengaplikasikan Teknologi IR4.0 Smart CCTV khususnya di dun semenyih di bawah inisiatif jaminan keselamatan?
CCTV sedia ada yang dioperasikan oleh MPKj bukan merupakan Smart CCTV. Namun, pada tahun 2022, Kerajaan Negeri telah meluluskan cadangan projek pengintegrasian CCTV PBT Negeri Selangor milikan Kerajaan Negeri, termasuklah CCTV di kawasan MPKj untuk dilengkapkan dengan sistem analitik pengecaman muka dan nombor kenderaan bagi tujuan berkaitan pemantauan keselamatan.
-
Setakat ini berapakah bilangan CCTV yang beroperasi di DUN Semenyih dan di manakah lokasinya serta berapakah peruntukan penyelenggaraan CCTV tersebut?
Terdapat enam (6) dari 60 unit CCTV di kawasan pentadbiran MPKj telah dipasang di kawasan Semenyih dengan perincian lokasi seperti berikut:
- Hadapan Maybank Pekan Semenyih;
- Berhadapan Pasar Pekan Semenyih;
- Jalan Semenyih Sentral 3 (Berhadapan Hentian Bas);
- Jalan Semenyih Sentra 1 (Berdekatan AMBank);
- Jalan Broga (Taman Tasik Semenyih); dan
- Jalan 3/20, Jalan Semenyih (Hadapan Klinik Kesihatan Kajang).