Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
259) LARANGAN BERJUDI
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah tangkapan yang berjaya dibuat ke atas umat islam yang berjudi sama ada nombor ekor dan sebagainya bagi tahun 2020 - 2023?
Pada tahun 2020 dan 2021 negara dilanda virus COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan oleh Kerajaan. Pada tahun 2022 sebanyak 15 kes dan 2023 sebanyak 50 kes.
-
Apakah usaha yang telah dilaksanakan bagi memberi kesedaran kepada umat islam dalam menjauhkan perkara tersebut berleluasa?
Usaha yang telah dilaksanakan bagi memberi kesedaran kepada umat Islam dalam menjauhkan perkara tersebut berleluasa adalah:
- Membuat program-program kesedaran berkaitan kesalahan Enakmen Jenayah Syariah;
- Membuat tindakan pencegahan di pusat-pusat judi bagi mencegah umat Islam daripada berjudi;
- Membuat sesi penjelasan dan penerangan berkaitan apa yang boleh dana pa yang tidak boleh dalam Islam melalui pelbagai cara
- Bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan untuk meletakkan poster atau papan tanda berkaitan larangan berjudi bagi umat Islam di premis-premis Judi berlesen.
- Mengambil tindakan penguatkuasaan berkaitan kesalahan yang dilakukan.