Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

257) JALAN UTAMA KESELAMATAN SEMUA

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan Kerajaan Selangor untuk mengatasi isu jalan utama yang rosak akibat kenderaan berat lebih muatan yang sering melalui jalan ini dan boleh mengundang bahaya kepada pengguna kenderaan ringan?

    Rondaan audit sentiasa dilakukan melibatkan JKR Daerah dan pihak konsesi bagi memantau keadaan jalan di Negeri Selangor. Kegagalan pihak konsesi melaksanakan kerja pembaikan di tapak akan menyebabkan pihak konsesi boleh dikenakan tindakan NCR dan pemotongan ke atas tuntutan bayaran bulanan bagi kerja penyenggaraan jalan sebagai penalti.

    Bagi ‘pothole’ yang ditemui, kerja penampalan sementara akan dilaksanakan dalam tempoh 24 jam apabila ia dikenalpasti dengan menggunakan bahan turapan ‘Cold Mix’ supaya keselamatan pengguna terjamin. Tampalan kekal akan dilaksanakan dalam tempoh 3 Hari dengan menggunakan bahan turapan ‘Hot Mix’.

  2. Adakah kerajaan akan mempertimbangkan penggunaan teknologi jalan konkrit atau Polymer Modified Asphaltic yang lebih tahan lama?

    Kerajaan Negeri terbuka bagi sebarang teknologi baru mahupun sedia ada bagi memastikan kualiti jalan adalah dapat bertahan dengan lebih lama. Sebagai contoh, bagi menambahbaik kualiti penampalan pothole, Kerajaan Negeri sedang meneliti teknologi baru seperti Jetpacher dan Thermal Road Repair dalam usaha meningkatkan ketahanan jalan-jalan di Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.