Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
249) STATISTIK PERCERAIAN, RUJUK, TUNTUTAN HADHANAH DAN NAFKAH
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah statistik pendaftaran perkahwinan, perceraian, rujuk, tuntutan hadhanah dan nafkah yang direkodkan di Negeri Selangor dari tahun 2018-2023?
Secara umum, pendaftaran perkahwinan di Jabatan Agama Islam Selangor bagi tahun 2018 hingga 2023 menunjukkan penurunan bagi 3 tahun pertama dan meningkat untuk tiga tahun seterusnya, khususnya penurunan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan berbagai fasa bermula 18 Mac 2020 hingga Disember 2021. Statistik Pendaftaran Perkahwinan untuk 6 tahun bermula 2018 sehingga 2023 adalah seperti Jadual 1 di bawah.