Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

245) STATUS TANAH CEROBOH

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah tanah Kerajaan Negeri yang telah diceroboh secara haram bagi tujuan ekonomi bagi setiap daerah?

    Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, jumlah tanah Kerajaan Negeri yang telah diceroboh secara haram bagi tujuan ekonomi bagi setiap daerah yang telah direkodkan sehingga tahun 2024 adalah sebanyak 1570 buah kawasan seperti yang diperincikan di dalam jadual di bawah:

     

    Bil. Daerah

    Jumlah Pencerobohan

    1. Sabak Bernam

    10

    2. Kuala Selangor

    20

    3. Klang

    346

    4. Kuala Langat

    9

    5. Sepang

    144

    6. Hulu Langat

    613

    7. Hulu Selangor

    18

    8. Gombak

    9

    9. Petaling

    401

     

    JUMLAH

    1570

  2. Berapakah jumlah yang telah berjaya diperoleh semula dari tahun 2018-2023?

    Jumlah tanah kerajaan yang telah berjaya diperoleh atau dipulihkan semula bagi tahun 2018 hingga tahun 2023 adalah sebanyak 1265 kawasan yang mana perincianya adalah seperti jadual di bawah :

     

    Bil. Daerah

    Jumlah yang berjaya diperolehi

    1. Sabak Bernam

    10

    2. Kuala Selangor

    11

    3. Klang

    276

    4. Kuala Langat

    9

    5. Sepang

    144

    6. Hulu Langat

    613

    7. Hulu Selangor

    18

    8. Gombak

    2

    9. Petaling

    182

     

    JUMLAH

    1265

Lampiran

Tiada Lampiran.