Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
242) ISU KESESAKAN JALAN RAYA
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah jalan-jalan di bawah Kerajaan Negeri yang mengalami kesesakan sangat teruk ketika waktu puncak bagi tahun 2023?
Terdapat 4 jalan utama yang dikenal pasti mengalami kesesakan sangat teruk terutama pada waktu puncak di DUN Hulu Bernam.
-
Nyatakan nama dan lokasi jalan tersebut?
Nama dan lokasi jalan tersebut adalah seperti berikut:
- Jalan Batang Kali – Hulu Yam Bharu, B113 dari simpang FT01 ke Petronas Batang Kali 2
(Stesen Banci BR706 – LOS F)
- FT3208 Jalan Bukit Beruntung dari Sek 0 ke Sek 2 dan Sek 8 ke Sek 10
(Stesen Banci BR704 – LOS F)
- FT1208 Jalan Sungai Buaya dari Sek 0 ke Sek 2
(Stesen Banci BR704 – LOS F)
- FT001 Jalan KL- Tg Malim dari Sek 421.9 ke Sek 423
(Stesen Banci BR704 – LOS F)
Sumber dari Road Traffic Volume Malaysia (RTVM) 2022.