Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
241) RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status terkini bilangan projek rumah Selangorku yang telah siap, sedang dibina dan dalam perancangan di daerah Hulu Selangor?
Untuk makluman Yang Berhormat, Dasar Rumah Selangorku telah mula diperkenalkan pada tahun 2014. Sehingga 31 Januari 2024, terdapat 432 projek dengan 249,948 unit Rumah Selangorku telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan pembangunan projek perumahan oleh pemaju-pemaju perumahan khususnya penyediaan Rumah Mampu Milik (RMM) bagi kawasan Daerah Hulu Selangor, Selangor. Di Daerah Hulu Selangor, terdapat 28 projek dengan 10,218 unit Rumah Selangorku telah diluluskan oleh MMKN. Daripada jumlah tersebut, 10 projek dengan 1,226 unit telah siap dibina, 5 projek dengan 668 unit sedang dalam pembinaan dan 13 projek dengan 8,324 unit masih diperingkat perancangan.