Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

239) AHLI MAJLIS PBT

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah dan peratus ahli majlis PBT yang dilantik berada dan tinggal di luar Kawasan PBT berkenaan bagi tahun 2023 bagi seluruh PBT di Selangor?

    Secara keseluruhannya, Ahli Majlis (termasuk Datuk Bandar/ Yang Dipertua dan Orang Besar Daerah) yang tinggal di luar kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di mana mereka dilantik adalah seramai 25 orang atau 8 peratus. Pecahan mengikut PBT adalah seperti berikut:

     

    PBT BILANGAN AHLI MAJLIS YANG TINGGAL DI LUAR KAWASAN PBT PERATUS

    (%)

    MBSA 3/25 12
    MBPJ 6/25 24
    MBSJ 3/25 12
    MBDK 2/25 8
    MPAJ 2/25 8
    MPS 4/25 16
    MPKJ 0/25 0
    MPSP 4/25 16
    MPKL 1/25 4
    MPKS 0/25 0
    MPHS 0/25 0
    MDSB 0/25 0
    JUMLAH 25/300 8

Lampiran

Tiada Lampiran.