Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
230) KEBENARAN SOLAT JUMAAT KEPADA SURAU AR-RAIHAN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah benar JAIS telah menarik balik kebenaran solat Jumaat kepada Surau Ar-Raihan Bandar Teknologi Kajang? Jika benar, apakah tidak dipertimbangkan akan berlaku ramai yang tidak akan menunaikan solat Jumaat akibat pembatalan kebenaran jumaat tersebut?
Hukum menunaikan Solat Fardhu Jumaat adalah di masjid. Kebenaran jumaat di Surau A-Raihan Bandar Teknologi Kajang diluluskan disebabkan ketiadaan masjid. Masjid Bandar Teknologi Kajang telah siap dibina dan mula beroperasi pada tahun 2023 yang lalu. Masih terdapat kekosongan ruang yang luas di masjid untuk menampung jemaah menunaikan Solat Fardhu Jumaat. Sekiranya berlaku limpahan jemaah dan masjid tidak dapat menampung jemaah, maka permohonan untuk memberi kebenaran semula Solat Fardhu Jumaat di Surau Ar -Raihan boleh diberikan semula dengan mengemukakan permohonan melalui Pejabat Agama Islam Daerah.