Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

227) SEKOLAH RENDAH AGAMA UZUR

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah kerajaan negeri ada buat pemantauan terhadap sekolah-sekolah yang terlalu uzur seperti SRA Harmoni, Sekinchan yang sangat uzur dan membahayakan keselamatan pelajar dan warganya?

    Kerajaan negeri telah mengenalpasti senarai sekolah uzur dan telah disusun mengikut merit.

  2. Bagaimana kerajaan negeri mahu menyelesaikan sekolah-sekolah yang uzur ini kerana melibatkan nyawa guru dan pelajar?

    Semua perkara yang melibatkan keselamatan guru dan pelajar telah dimeritkan. Walaubagaimanapun pelaksanaan merit bergantung kepada peruntukan semasa tahunan. Perkara ini akan melibatkan kos peruntukan yang sangat besar.

  3. Berapakah jumlah SRA yang menghadapi masalah bangunan uzur di Selangor dan senaraikan sekolah-sekolah tersebut dalam tempoh 15 tahun lepas?

    Merujuk rekod laporan audit dalam Rancangan Baik pulih Jabatan bermula tahun 2021 hingga 2023 dibawah :

     

    DAERAH BILANGAN
    2021 2022 2023
    KLANG 7 7 12
    PETALING 10 16 13
    KUALA LANGAT 1 3 10
    SEPANG 4 3 7
    HULU LANGAT 8 13 11
    GOMBAK 4 2 10
    HULU SELANGOR 6 8 10
    SABAK BERNAM 6 12 11
    KUALA SELANGOR 5 8 11
    JUMLAH 51 72 95

Lampiran

Tiada Lampiran.