Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

225) KELIP-KELIP DAN ENGGANG

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah plan jangka masa paendek dan jangka masa panjang bagi pelancongan di Sungai Panjang khusus di kawasan kelip-kelip dan enggang?

    Bagi pelan jangka pendek MDSB telah melantik syarikat swasta untuk pengoperasian serta promosi pusat konservasi kelip-kelip . Bagi pusat pemerhati burung enggang MDSB telah merangka satu perbincangan bersama jabatan berkaitan untuk membangunkan  semula kawasan ini sebagai kawasan pelancongan. MDSB telah memasukkan kawasan ini sebagai kawasan tumpuan utama pelancongan dalam kajian RTD MDSB 2035. MDSB telah berbincang dengan beberapa pemilik homestay di kawasan Sungai Besar bagi menawarkan pakej pelancongan yang baru iaitu penginapan dan aktiviti waktu malam (kelip-kelip). Nazbell Cottage dan D’Bayu Impian Homestay telah menjalin kerjasama bagi tujuan tersebut. MDSB juga bercadang agar kawasan Pusat Konservarsi Kelip-Kelip Sungai Panjang dijadikan sebagai tapak perkhemahan bagi menarik pelanggan lain seperti pelajar sekolah dan university. MDSB mencadangkan agar papan tanda besar dan banyak lagi ditambah di tepi Jalan Persekutuan FR5 bagi menarik perhatian pengguna jalan tersebut. Promosi melalui media massa seperti Facebook dan Tiktok juga perlu ditingkatkan bagi menarik lebih banyak pelancong ke Pusat Konservarsi Kelip-Kelip Sungai Panjang.

  2. Bagaimanakah kerajaan negeri menguruskan prasarana yang terdapat di kawasan tersebut seperti jeti, tempat meninjau burung enggang dan lain-lain?

    Bagi Pusat Pemerhati Konservasi Kelip-kelip keseluruhan prasarana kawasan tersebut telah diswastakan kepada syarikat swasta dari segi pengurusan, penyelenggaran, promosi dan lain-lain yang berkaitan. Bagi pusat konservasi burung enggan masih lagi dalam tindakan penyediaan kerangka kerja bersama agensi berkaitan.

  3. Berapakah jumlah papan iklan yang kerajaan negeri pamerkan, bagi mengiklankan kelip-kelip dan enggang di Sungai Panjang?

    Terdapat 2 unit papan iklan utama ke pusat konservasi kelip-kelip iaitu di   Persimpangan Jalan Persekutuan ke Jalan Sungai Panjang dan di hadapan bangunan utama. Terdapat 5 unit papantanda tunjuk arah sepanjang jalan Kampung Belia 1 dan Jalan Sungai Panjang.

Lampiran

Tiada Lampiran.