Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
213) PADI TEMPATAN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri merancang bagi membenarkan pesawah memproses sendiri padi tempatan bagi memenuhi keperluan tempatan sekali gus melonggarkan keperluan lesen dan permit berkaitan?
Padi dan beras merupakan barang kawalan di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522]. Berdasarkan Akta 522, setiap kilang pemprosesan padi samada bagi tujuan perdagangan atau kegunaan sendiri memerlukan lesen yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras. Buat masa ini, Kerajaan belum bercadang utk membenarkan padi diproses sendiri oleh petani. Pengecualian kebenaran memproses padi memerlukan pindaan dibuat terhadap Akta 522 dan dan peraturan-peraturan subsidiari di bawahnya.
Rujuk : Per 4(1)(b) P.U (A) 626/96
Ketua Pengarah boleh, atas permohonan secara bertulis mengeluarkan suatu lesen kepada mana-mana orang yang memberikuasa kepada orang itu untuk mengendalikan kilang padi hanya bagi maksud mengering atau mengilang padi kepunyaan petani bagi kegunaan sendiri dan hendaklah seperti dalam Borang B yang dinyatakan dalam Jadual.
-
Sejauh manakah penguatkuasaan pihak berwajib bagi mengelak perbuatan segelintir pesawah yang menyewakan (atau memajak) petak sawah mereka kepada warga asing?
Bagi isu untuk menghalang pesawah memajak/menyewa tanah kepada warga asing, tiada punca kuasa untuk menguatkuasakannya di bawah Akta 522.