Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
209) TIADA DERMASISWA STAM & PENANGGUHAN KELAS TUISYEN PROGRAM FAST TRACK SPM HUFFAZ NEGERI SELANGOR 2023
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Calon-calon STAM 2023 dimaklumkan menerima biasiswa STAM setiap tahun, namun mengapakah pada tahun 2023 diberhentikan atas alasan tiada punca kuasa khusus dan tiada lebihan bajet sedangkan dikatakan bajet telah pun diluluskan?
Pihak JAIS telah membuat semakan semula peruntukan bagi kelulusan MMKN. Setelah semakan semula dibuat, pihak JAIS mengenal pasti tiada kelulusan khusus bagi dermasiswa STAM. Kelulusan peruntukan tersebut merupakan peruntukan bagi penajaan Program Diploma Pendidikan Ikhtisas bagi pegawai pendidikan JAIS. Kerajaan akan menyemak semula serta satu kertas cadangan akan di angkat bagi tujuan kelulusan.
-
Mengapakah kelas tuisyen pelajar program Fast Track SPM Huffaz Negeri Selangor 2023 juga telah diberhentikan bermula 20 oktober 2023 tanpa alasan yang munasabah diberikan, sehingga pelajar-pelajar ini kurang persediaan sepatutnya menghadapi SPM?
Perubahan tarikh baru jadual persekolah adalah faktornya. Kerjaaan Negeri hanya boleh membayar sebelum akaun ditutup.Penstrukturan semula tarikh peperiksaan SPM (Lisan & Bertulis) dari bulan Feb 2024 kepada Disember 2023 menyebabkan kelas terpaksa ditangguhkan lebih awal bagi memberi peluang kepada pelajar membuat persediaan tanpa sebarang tekanan kelas bersemuka. Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri telah membelanjakan peruntukan berjumlah RM 1.7juta sehingga Oktober 2023.