Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

208) PERATUSAN TANAH RIZAB MELAYU DI SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah peratusan tanah rizab melayu yang masih tinggal di Negeri Selangor?

    Berikut adalah maklumat berkenaan Tanah Rizab Melayu di Negeri Selangor mengikut daerah :-

     

    BIL DAERAH KELUASAN TRM (HEKTAR) KELUASAN TANAH KESELURUHAN (HEKTAR) PERATUSAN KELUASAN TRM (%)
    1 PETALING 1,109.574 49,843.541 2.27
    2 GOMBAK 5,418.162 62,516.506 8.67
    3 KLANG 8,523.725 64,419.721 13.23
    4 SEPANG 11,177.466 55,398.475 20.18
    5 HULU SELANGOR 17,779.949 175,312.209 10.14
    6 HULU LANGAT 13,678.310 83,658.953 16.35
    7 KUALA LANGAT 14,857.920 86,055.150 17.27
    8 KUALA SELANGOR 24,608.140 118,786.316 20.72
    9 SABAK BERNAM 64,222.207 100,778.814 63.73
    JUMLAH KESELURUHAN 161,375.450 796,769.685 20.25
  2. Apakah usaha-usaha untuk menambah jumlah tanah rizab melayu ini?

    Buat masa kini, tiada mekanisme khusus untuk menambah jumlah tanah rizab melayu ini kerana selaras dengan Enakmen Rizab Melayu, jika mana-mana kawasan Rizab Melayu itu dibatalkan sama ada keseluruhan atau sebahagian daripadanya sahaja maka satu kawasan lain di dalam negeri itu yang sama jenis (similar in character) dan sama luasnya dengan kawasan yang dibatalkan itu hendaklah serta merta diisytiharkan sebagai ganti. Tanpa gantian, pembatalan itu adalah tidak sah. Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan Tanah Rizab Melayu ini tidak diceroboh ataupun dibuat pengambilan tanpa penggantian berdasarkan Pekeliling sedia ada Jabatan iaitu Pekellliling PTGS Bil 7/20001 : Dasar dan Garis Panduan Pembatan dan Penggantian Tanah Rizab Melayu di Negeri Selangor dan Pekeliling PTGS Bil 3/2015 : Garis Panduan Urusan Pembatan dan Penggantian Tanah Rizab Melayu semasa Pengambilan Tanah bagi Tujuan Awam atau Kemudahan Awam bagi Kegunaan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan

  3. Apakah status pengusaha tanah tol kini?

    Tapak-tapak Tanah Kerajaan yang telah diberikan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) akan diberikan pembaharuan selaras dengan Seksyen 67 Kanun Tanah Negara, tertakluk dengan ativiti-aktiviti yang dijalankan tidak bercanggah dengan syarat kelulusan.

Lampiran

Tiada Lampiran.