Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

201) ISU PENYELARAS DUN

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Disember lepas kami difahamkan ada nama-nama diangkat untuk dilantik sebagai penyelaras DUN bagi menyalurkan peruntukan untuk kawasan yang diwakili oleh ADN pembangkang. Bilakah agaknya DUN Sg.Burong akan dilantik sebagai penyelaras?

    Bagi kawasan DUN Sungai Burong, kuota ini dikekalkan bagi parti UMNO. Sebarang pengurusan pelantikan akan dimuktamadkan segera selewat-lewatnya sebelum berakhir Mac 2024, iaitu apabila proses kelulusan diputuskan melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

  2. Selama beberapa bulan ini kami membantu masyarakat untuk pendaftaran SMUE dan SMIS, bolehkah kami terus menerima pendaftaran ini selagi belum ada Penyelaras DUN?

    Kerajaan Negeri mengalu-alukan sekiranya pihak DUN Sungai Burong bagi membantu kerja-kerja pendaftaran skim Kerajaan terutama menglibatkan Iltizam Selangor Penyayang. Pun begitu, Pusat Khidmat Masyarakat Penyelaras Parlimen Tanjung Karang dan Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras DUN Permatang telah turut ditugaskan untuk membantu penduduk Sungai Burong berkaitan perkara ini disamping Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor serta Majlis Perbandaran Kuala Selangor dan lain-lain agensi kerajaan persekutuan negeri turut bersama memainkan peranan.

  3. Setelah penyelaras dilantik, bilakah pula peruntukan dun dapat disalurkan terutama untuk ADN Pembangkang ini?

    Perkara ini telah pun dipersetujui secara dasar diperingkat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan keputusan akhir berkaitan jumlah peruntukan dan waktu penyaluran akan diumumkan dalam sedikit masa lagi selaras dengan pelantikan Pegawai Penyelaras DUN bagi semua kawasan.

Lampiran

Tiada Lampiran.