Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

199) PEMBINAAN MASJID KAMPUNG MERBAU SEMPAK, SUNGAI BULOH

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa jumlah kos sebenar pembangunan masjid tersebut?

    Kos projek bagi Masjid Nurul Amin Merbau Sempak adalah RM 9,993,580.00.

  2. Berapa peratus kemajuan projek tersebut?

    Peratus kemajuan sebenar projek di tapak bagi Masjid Nurul Amin Merbau Sempak adalah sebanyak 16.70% mengikut kemajuan jadual sebagaimana yang telah dirancang.

  3. Bilakah projek tersebut dijangka akan siap sepenuhnya?

    Tarikh siap projek bagi Masjid Nurul Amin Merbau Sempak adalah pada 30 April 2025.

Lampiran

Tiada Lampiran.