Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

194) JALAN ROSAK DAN GARISAN PUTIH PEMBAHAGI JALAN YANG PUDAR DI JALAN FT54

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri bersama Kerajaan Persekutuan untuk menurap semula jalan di Jalan FT54?

    Laluan yang dimaksudkan adalah jalan persekutuan FT54, Jalan Kepong – Kuala Selangor. Kerajaan Negeri melalui JKR Selangor sentiasa mengangkat permohonan peruntukan kepada pihak Kementerian Kerja Raya bagi menurap semula jalan persekutuan setiap tahun melalui Anggaran Penyenggaraan Jalan (APJ). Bagi tahun 2024, JKR Selangor telah mengangkat permohonan berjumlah RM 6,200,000.00 bagi menurap semula jalan di laluan FT54. Senarai permohonan adalah seperti di Lampiran A.

     

    Pada tahun 2023, JKR Selangor telah melaksanakan turapan semula laluan FT54 dengan kelulusan KKR berjumlah RM 3,400,000.00.

  2. Bilakah kerja-kerja tersebut dimulakan?

    Kerja-kerja tersebut akan dimulakan sebaik sahaja menerima kelulusan daripada Kementerian Kerja Raya.