Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

193) PEMASANGAN LAMPU JALAN JENIS SOLAR LED (PROGRAM PENCAHAYAAN) DI JALAN RAHIDIN 1, KAMPUNG PAYA JARAS HILIR, 47000 SUNGAI BULOH

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status permohonan pemasangan lampu jalan jenis solar LED (Program Pencahayaan) di Jalan Rahidin 1, Kampung Paya Jaras Hilir, 47000 Sungai Buloh?

    Pihak Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR Selangor telah menerima permohonan pemasangan baru lampu jalan di lokasi di atas pada 7hb Disember 2023. Permohonan ini telah diberi keutamaan dan diangkat untuk pelaksanaan pada tahun 2024 tertakluk kepada kelulusan dan peruntukan yang akan diterima kelak.

Lampiran

Tiada Lampiran.