Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

179) RUMAH MAMPU MILIK DAN KOS RENDAH

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan jumlah projek yang sedang dan akan dibina mengikut jenis rumah serta lokasi di Dusun Tua?

    Berdasarkan rekod LPHS tiada pembangunan Rumah Mampu Milik (RMM) di kawasan DUN Dusun Tua. Namun begitu, terdapat 91 projek dengan 55,476 unit Rumah Selangorku telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di kawasan Daerah Hulu Langat berdekatan dengan kawasan DUN Dusun Tua. Daripada jumlah tersebut, 33 projek dengan 10,293 unit telah siap dibina dan diserahkan kepada pembeli, 10 projek dengan 4,814 unit sedang dalam pembinaan dan 48 projek dengan 40,369 unit sedang dalam peringkat perancangan. Perincian bagi projek dalam pembinaan dan dalam peringkat perancangan adalah seperti berikut :-

  2. Apakah langkah diambil bagi memastikan golongan B40 mampu memiliki kediaman tersebut?

    Untuk makluman Yang Berhormat, selaras Dasar Perumahan Mampu Milik (Rumah Selangorku) Kerajaan Negeri Selangor telah memberi peluang dan ruang kepada semua lapisan masyarakat termasuk golongan B40 mengikut kelayakan pendapatan (isi rumah) untuk mendapatkan Rumah Selangorku sebagai rumah pertama seperti berikut :

     

    RUMAH SELANGORKU SYARAT KELAYAKAN PENDAPATAN (ISI RUMAH)
    JENIS A RM 3,500 sebulan ke bawah
    JENIS B RM 7,000 sebulan ke bawah
    JENIS C RM 10,000 sebulan ke bawah
    JENIS D, JENIS E DAN

    JENIS E KHAS

    RM 14,500 sebulan ke bawah

Lampiran

Tiada Lampiran.