Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

175) PROGRAM YAYASAN SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah program pendidikan yang masih dijalankan oleh Yayasan Selangor pada masa ini?

    Program Pendidikan yang masih dijalankan oleh Yayasan Selangor adalah seperti berikut:-

     

    1. Pengambilan Murid Tingkatan 1 Rancangan Khas Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia – Yayasan Selangor (RKPYS)

     

    1. Pengambilan Murid Program High Potential Students (HIPERS)

     

    1. Pengambilan Pelajar Tingkatan 6 (PTEYS)

     

    1. Penajaan Murid BITARA (Kolej Yayasan Saad & MRSM)

     

    1. Program Kecemerlangan Akademik (Kelas Bimbingan, Seminar dan Bengkel Peperiksaan)

     

    1. Program Pembangunan Sahsiah dan Jati Diri Pelajar

     

    1. Program STEM

     

    1. Program Pembangunan Bakat Pelajar

     

    1. Program Anugerah dan Penghargaan

     

    1. Program Kolaborasi Perakaunan Profesional

     

    11.  Pembiayaan Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah

  2. Nyatakan bentuk bantuan yang diberikan oleh Yayasan Selangor kepada anak-anak kelahiran Negeri Selangor?

    Bantuan kepada anak kelahiran Negeri Selangor dari Yayasan Selangor adalah seperti berikut:-

    1. Biasiswa untuk pelajar peringkat Menengah dan Kolej Tingkatan 6.
    2. Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah pelajar IPT.

     

    Bantuan ini adalah tambahan perkhidmatan pendidikan kepada anak Selangor yang ditaja YS selain program pendidikan di para a).

Lampiran

Tiada Lampiran.