Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

169) STATUS PELABURAN ASING KE SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Mohon nyatakan bilangan pelaburan semasa dan akan datang bagi tahun 2024.

    Bilangan pelaburan semasa dan akan datang bagi tahun 2024 tidak dapat dinyatakan kerana statistik kelulusan projek – projek perkilangan bagi tahun 2024 masih belum dikeluarkan oleh pihak MIDA.

  2. Mohon berikan senarai dan alamat syarikat industri berat dan ringan yang berada di Dun Batu Tiga.

    Senarai dan alamat syarikat industri yang berada dalam DUN Batu Tiga adalah seperti di lampiran A.