Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

164) PEMERKASAAN TVET

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sejak penjenamaan semula INPENS kepada Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) pada tahun 2020, mohon pihak kerajaan negeri nyatakan peratusan keberhasilan graduan daripada STDC ini mengikut kategori kursus yang telah ditawarkan.

    Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) dahulunya dikenali sebagai Kolej Antarabangsa INPENS (INPENS) telah ditubuhkan pada 8 Jun 1993. Pada masa tersebut INPENS memfokuskan kepada bidang akademik sehinggalah pada tahun 2006 di mana INPENS telah mengubah teras utamanya kepada bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Pada 25 Ogos 2020, INPENS telah dijenamakan semula sebagai Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor.

     

    Memandangkan penjenamaan tersebut berlaku ketika tempoh pandemik Covid-19, maka jumlah pengambilan pelajar sedikit merudum. Walau bagaimanapun, STDC berusaha untuk menarik minat pelajar lepasan sekolah untuk menyambung pelajaran dalam bidang TVET di STDC. Antara inisiatif yang telah dijalankan adalah seperti menyertai ekspo pendidikan, karnival kerjaya, pameran agensi kerajaan serta program dan taklimat di sekolah-sekolah. Hasil inisiatif tersebut telah menunjukkan peningkatan graf pengambilan pelajar yang konsisten bermula 2021 sehingga 2023.

     

    Berikut merupakan peratusan keberhasilan graduan sejak penjenamaan semula INPENS kepada Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) di kampus Kuala Selangor:

     

Lampiran

Tiada Lampiran.